RENUNGAN BERSAMA..............................

"Sebagai manusia, perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas. Mata kita ada batas untuk melihat, lalu kita guna teropong dan cermin mata. Telinga kita ada batas untuk mendengar, lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh. Tenaga kita ada batas, kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat. Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai, lalu kita gunakan al-Quran sebagai alat bantu untuk kita melihat, mendengar dan rasa alam akhirat..."


Tuesday 22 February 2011

BERUBAHLAH SEMUA

...kita hanya merupakan pendatang di bumi Allah. Jika di negara kita, pendatang daripada negara lain yang bekerja disini pastinya akan membawa pulang hasil ke negeri masing-masing. Mereka akan kirimkan wang untuk kegunaan sanak saudara di negeri asal mereka. Amatlah malang jika mereka bekerja bersungguh-sungguh, tiba-tiba hasil kerja tersebut tidak dapat dibawa pulang ke negeri asal mereka. Demikian juga kita di dunia, akan balik ke akhirat. Nak balik pun memang kena balik, tidak mahu balik pun akan dipaksa balik. Sangatlah malang jika pekerjaan kita hari ini tidak dapat dikirim sebagai pahala untuk kita apabila balik ke akhirat nanti"......