RENUNGAN BERSAMA..............................

"Sebagai manusia, perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas. Mata kita ada batas untuk melihat, lalu kita guna teropong dan cermin mata. Telinga kita ada batas untuk mendengar, lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh. Tenaga kita ada batas, kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat. Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai, lalu kita gunakan al-Quran sebagai alat bantu untuk kita melihat, mendengar dan rasa alam akhirat..."


Thursday 3 March 2011

Tip Kewangan Keluarga

1.   Buatlah bajet untuk diikuti oleh semua ahli keluarga dengan disiplin.
2.   Mulakanlah tabungan walaupun kecil, tetapi secara berterusan untuk masa depan anda-tetapkan matlamat tabungan.
3.   Cuba catat setiap perbelanjaan anda, walaupun kecil dan pantaulah aliran wang tunai anda sekurang-kurangnya untuk sebulan dan insya-Allah anda akan dapati 'bocoran' yang wujud dalam aliran wang tunai anda
4.   Hentikan penggunaan kad kredit untuk sebulan dua dan rasakan perbezaannya
5.   Bayar lebih dari jumlah minimum yang dituntut oleh syarikat kad kredit dan anda akan bebas hutang lebih cepat.
6.   Jika mendapat kenaikan atau bonus, tabungkan kesemuanya.
7.   Jangan berbelanja berlebihan-ikut kaedah pilihan antara perlu atau kemahuan.
8.   Pastikan aliran wang keluar tidak melebihi wang masuk!
9.   Jangan terpedaya dengan mana-mana skim cepat kaya.
10  Jangan melabur selagi anda tidak memahami produk kewangan berkenaan.

No comments:

Post a Comment